Fi permohonan pendaftaran francais dengan KPDN hanya RM1,050. Kos sebenar datang daripada perunding luar yang menyediakan dokumen francais, iaitu antara RM60,000 hingga RM180,000 bergantung kepada perniagaan anda.
Sepanjang 20 tahun saya menjadi perunding, tidak ramai pemilik perniagaan Bumiputera yang mampu mengeluarkan jumlah sebesar ini. Wang tersebut lebih wajar digunakan untuk membangunkan perniagaan, membiayai kos operasi dan pemasaran.
Kami mahu mengubah keadaan ini. Pasukan anda dilatih untuk membangunkan sistem dan memohon pendaftaran francais sendiri, tanpa mengeluarkan puluhan ribu ringgit.
Jual sistem perniagaan anda yang sudah terbukti kepada usahawan yang mahu memiliki perniagaan sendiri, tetapi tidak mempunyai kemahiran membina jenama atau produk sendiri.
Anda mempelajari kedua-dua sistem. Pilih laluan yang sesuai dengan tahap kesediaan perniagaan anda hari ini.
Untuk perniagaan yang sudah bersedia memenuhi keperluan KPDN. Anda menyediakan manual, dokumen dan perjanjian francais untuk dikemukakan semasa permohonan pendaftaran francais.
Untuk perniagaan yang belum bersedia dengan keperluan KPDN tetapi mahu memasuki pasaran dengan cepat. Anda mengumpul modal, mengikat pelaburan daripada rakan niaga dan memperhalusi sistem sedia ada sebelum beralih ke sistem francais penuh.
Tunjuk ajar langkah demi langkah untuk menyediakan sistem perniagaan anda bagi pendaftaran francais.
Dokumen francais, manual dan draf perjanjian francais untuk disesuaikan dengan perniagaan anda.
Hantar dua kakitangan utama. Mereka dilatih untuk membangunkan sistem francais anda secara in-house.
Dokumen anda sedia untuk dikemukakan apabila permohonan pendaftaran francais dibuka.
Kini syarikat francais berdaftar dengan kementerian, dengan jualan tahunan mencecah jutaan ringgit.
Hanya 3 syarikat yang layak diterima pada satu-satu masa. Kami memilih pemilik perniagaan yang mempunyai visi jangka panjang untuk membina rangkaian francais.
Anda hanya membayar kos penyediaan bilik mesyuarat, cetakan nota serta penyediaan dokumen manual dan draf perjanjian francais.
Isi borang ini. Kami menilai kesediaan perniagaan anda dan menghubungi anda untuk langkah seterusnya.
Atau hubungi kami terus: [NO. WHATSAPP]