Fi permohonan pendaftaran francais dengan KPDN hanya RM1,050. Kos sebenar datang daripada perunding luar yang menyediakan dokumen francais, iaitu antara RM60,000 hingga RM180,000 bergantung kepada jenis dan saiz perniagaan anda.
Sepanjang 20 tahun saya menjadi perunding, tidak ramai pemilik perniagaan Bumiputera yang mampu mengeluarkan jumlah sebesar ini. Wang tersebut lebih wajar digunakan untuk membangunkan perniagaan, membiayai kos operasi dan pemasaran.
Kami mahu mengubah keadaan ini. Pasukan anda dilatih untuk membangunkan sistem dan memohon pendaftaran francais sendiri, tanpa mengeluarkan puluhan ribu ringgit.
Jual sistem perniagaan anda yang sudah terbukti kepada usahawan yang mahu memiliki perniagaan sendiri, tetapi tidak mempunyai kemahiran membina jenama atau produk sendiri.
Anda mempelajari kedua-dua sistem. Pilih laluan yang sesuai dengan tahap kesediaan perniagaan anda hari ini.
Untuk perniagaan yang sudah bersedia memenuhi keperluan KPDN. Anda menyediakan manual, dokumen dan perjanjian francais untuk dikemukakan semasa permohonan pendaftaran francais.
Untuk perniagaan yang belum bersedia dengan keperluan KPDN tetapi mahu memasuki pasaran dengan cepat. Anda mengumpul modal, mengikat pelaburan daripada rakan niaga dan memperhalusi sistem sedia ada sebelum beralih ke sistem francais penuh.
Tunjuk ajar langkah demi langkah untuk menyediakan sistem perniagaan anda bagi pendaftaran francais.
Dokumen francais, manual dan draf perjanjian francais untuk disesuaikan dengan perniagaan anda.
Hantar kakitangan utama anda. Mereka dilatih untuk membangunkan sistem francais anda secara in-house.
Dokumen anda sedia untuk dikemukakan apabila permohonan pendaftaran francais dibuka.
Kini syarikat francais berdaftar dengan kementerian, dengan jualan tahunan mencecah jutaan ringgit.
Hanya tiga syarikat yang layak diterima pada satu-satu masa. Kami memilih pemilik perniagaan yang mempunyai visi jangka panjang untuk membina rangkaian francais.
Anda hanya membayar kos penyediaan bilik mesyuarat, cetakan nota serta penyediaan contoh-contoh dokumen francais, manual operasi, manual latihan dan draf perjanjian francais.
Isi borang dibawah. Kami akan menghubungi anda untuk jadual program dan panduan pendaftaran.
Kelayakan.
Dokumen Francais.
Program tiga hari secara bersemuka akan diadakan apabila bilangan peserta minima dicapai dalam setiap sesi.
Program diadakan di Perdana Hotel KLCC KL, 10.00am-05.00pm.
Pembayaran yuran hanya boleh dibuat setelah bilangan peserta minima dicapai. Anda akan dimaklumkan terlebih dahulu.
Atau hubungi kami terus: NO. WHATSAPP 0194298400 (RIDZUAN @CoachFrancais)