Licensing Pre-Franchise Workshop Online

Licensing Pre-Franchise Workshop Online


Workshop Pembangunan Sistem Licensing


Bina Rantaian Bisnes. Gandakan Pendapatan. Tanpa Kos Tinggi.

80% francais di Malaysia bermula dengan sistem licensing pra-francais. Ramai pengasas asalnya miskin, disenarai hitam bank, malah ada yang bankrap. Tetapi dengan sistem ini, mereka berjaya keluar daripada masalah kewangan, membina jenama bernilai jutaan, dan melahirkan puluhan outlet dalam masa singkat.


Program intensif ini direka untuk pemilik bisnes yang mahu:

  • Membina rantaian outlet sebelum naik taraf ke francais penuh.
  • Menarik rakan niaga berkualiti tanpa menanggung kos operasi tambahan.
  • Menjana pendapatan berulang melalui monetisasi harta intelek.
  • Mengukuhkan jenama, operasi, dan margin keuntungan.


Apa yang Anda Akan Pelajari

Anda akan dibimbing secara padat melalui modul praktikal:

  • Pembangunan Sistem Licensing - Struktur, Pakej & Pelaburan licensing.
  • Dokumen Prospek - Borang pertanyaan, permohonan, dan brosur pelaburan.
  • Dokumen Penawaran & Perjanjian - Surat tawaran, perjanjian pelantikan, perjanjian pelesenan IP.
  • Kajian Kes Syarikat - Dari payung di tepi jalan ke 100 outlet (MD Putu Bambu World, D'Apple Fried Chicken DAFC).
  • Semua dokumen diberi dalam format digital (PDF & Word editable) untuk anda gunakan serta-merta.


Kaedah Pembelajaran

  • Sesi tutorial beserta dokumen contoh sedia guna.
  • Maklumat case study sebenar jenama berjaya.
  • Sesi diskusi bersama pakar industri.


Hasil & Impak

Peserta akan mampu:

  • Membina sistem licensing yang menarik pelabur & rakan niaga.
  • Mengurus rundingan dan perjanjian dengan keyakinan.
  • Mengenal pasti risiko, mengawal kos, dan menggandakan keuntungan.
  • Menggunakan strategi sebenar sistem licensing, bukan teori semata.


Siapa Patut Hadir?

Pemilik bisnes F&B, runcit, atau servis yang mahu membina rantaian outlet.

  • Usahawan yang menghadapi kekangan modal tetapi mahu berkembang pantas.
  • Pengusaha yang serius untuk naik taraf ke francais penuh.


"Kami bermula dengan satu payung dan meja lipat di tepi jalan. Hari ini operasi kami ada rantaian 100 outlet francais. Licensing boleh mengubah bisnes anda ke tahap yang lebih baik. Dengan sistem ini, anda bina sistem yang stabil mampu mencipta aliran pendapatan baharu tanpa had melalui rantaian rakan niaga. Anda tidak lagi terikat pada jualan outlet sendiri semata-mata.” — Mohamad Hasan, Co-founder MD Putu Bambu World.


Apa Anda Dapat?

Program ini bukan sekadar teori—ia adalah pelan tindakan yang boleh terus dilaksanakan untuk membina jenama yang berkembang secara strategik, meningkatkan nilai perniagaan, dan mencipta pendapatan yang boleh dimonetisasi pada skala besar. Jika anda mahu memanfaatkan licensing sebagai pemacu pertumbuhan, ini adalah peluang yang tidak boleh anda lepaskan.


  • Modul eksklusif yang mendedahkan strategi sebenar jenama tempatan dalam licensing.
  • Contoh-contoh dokumen sebenar yang lengkap untuk anda sesuaikan dengan perniagaan anda.
  • Sesi tutorial dengan pakar industri untuk memastikan anda menerapkan strategi yang tepat dan mengelakkan kesilapan mahal. 

 











Kandungan Program

​Kandungan program terbahagi kepada 4 bahagian utama yang berdasarkan kepada amalan standard dalam industri.

 

1. Pembangunan Sistem Licensing

Struktur Licensing

Pakej Licensing

Pelaburan Licensing

 

2. Penyediaan Dokumen Prospek

Borang Pertanyaan

Borang Permohonan

Brosur Pakej & Pelaburan

 

3. Garis Panduan Dokumen Penawaran & Perjanjian

Surat Tawaran

Perjanjian Pelantikan

Perjanjian Pelesenan Harta Intelek


4. Kajian Kes Sebenar Syarikat

Strategi bina bisnes MD Putu Bambu World (Francais) & D'Apple Fried Chicken DAFC (Licensing):-

  • Dari sistem licensing ke sistem francais
  • Dari stall tepi jalan ke kilang sendiri 
  • Dari 1 outlet ke 100 outlet dalam 12 bulan


NOTA:

  • Contoh-contoh dokumen licensing diatas diberikan
  • Dokumen-dokumen dalam format digital- PDF & Editable Word
  • Muat turun dokumen anda serta merta selepas pendaftaran

 

...

Perunding

 



Program ini diterajui oleh Tuan Ridzuan Mohamad, seorang perunding pembangunan francais dan licensing / pelesenan yang mempunyai pengetahuan strategik dalam pertumbuhan jenama-jenama francais seperti Kyros Kebab (Malaysia) dan Subway (USA).


Dengan pengalaman lebih dua dekad dalam merangka sistem operasi rantaian, mengurus pertumbuhan berskala, dan membimbing syarikat ke arah struktur yang boleh digandakan, beliau bukan mengajar anda strategi mengikut buku tetapi strategi mengikut amalan sebenar pemilik bisnes francais yang berjaya.


Bimbingan beliau bukan sekadar berkongsi ilmu. Ia membuka peluang kepada pemilik bisnes untuk melihat bisnes mereka dengan cara yang lebih tajam, lebih terarah, dan lebih bersedia untuk bersaing — bukan sekadar bertahan.


Dengan kombinasi pengalaman lapangan yang mendalam dan sokongan profesional daripada rakan industri yang dihormati, program ini disusun untuk satu tujuan: Memberi anda sistem, panduan dan leverage sebenar untuk mencipta pertumbuhan mampan dan menguasai pasaran yang anda ceburi.


Ini bukan program biasa. Ini adalah platform strategik — dipandu oleh mereka yang benar-benar faham bagaimana bisnes berkembang dalam dunia sebenar.


...


Butiran Program

Licensing Pre-Franchise Workshop Online

Tarikh: Khamis, 2 Oktober 2025

Masa: 10.00 pagi – 4.00 petang

Platform: Zoom

Yuran: RM1,000 untuk 2 peserta

(Pemerhati tidak dibenarkan)


Termasuk:

  • Sesi tutorial 4 jam.
  • Dokumen licensing siap guna (PDF & Word editable).
  • Kajian kes perniagaan sebenar.


TEMPAT TERHAD. KUMPULAN KECIL. DAFTAR DIBAWAH HARI INI.


Nota:

  • Untuk email, sila berikan alamat GMAIL
  • Passcode Zoom akan diberikan 1-hari sebelum hari program
  • Link muat turun Dokumen Licensing diberikan dalam email Pengesahan Pembayaran
  • Sila muat turun Dokumen Licensing anda dari email ini 
  • Sila buat pembayaran yuran serta-merta apabila daftar
  • Pendaftaran tanpa pembayaran akan dibatalkan oleh sistem


Untuk pertanyaan sila Whatsapp : 0194298400 (Ridzuan@CoachFrancais)







TERMA & SYARAT PENYERTAAN

  1. Licensing Pre-Franchise Workshop  (selepas ini dirujuk sebagai ‘Program’) ini dianjurkan oleh Sprint Holdings Sdn. Bhd. (selepas ini dirujuk sebagai ‘SPRINT’)
  2. Peserta yang berminat boleh membuat pendaftaran melalui online.
  3. Yuran  tidak dipulangkan untuk sebarang pembatalan oleh peserta.
  4. Yuran perlu dijelaskan sepenuhnya Tujuh (7) hari bekerja sebelum Program bermula.
  5. Sebarang perubahan di pihak peserta perlu dimaklumkan kepada SPRINT dalam tempoh Sepuluh (10) hari bekerja lebih awal.
  6. SPRINT berhak mengubah (mana-mana yang berkaitan) - fasilitator, masa dan lokasi Program jika terdapat keperluan dan peserta akan dimaklumkan mengenai perubahan tersebut.
  7. Pihak SPRINT berhak membatalkan sesi Program sekiranya jumlah penyertaan adalah kurang dari 50%.
  8. Pemulangan penuh ke atas bayaran akan dibuat kepada peserta sekiranya terdapat sebarang pembatalan Program dari pihak SPRINT.
  9. Penawaran tempat adalah bergantung kepada kekosongan.
  10. Bilangan penawaran tempat boleh berubah mengikut keperluan.
  11. Yuran dan tawaran tertakluk kepada perubahan tanpa notis.
  12. SPRINT berhak menentukan jumlah penyertaan dalam setiap program.
  13. SPRINT berhak menolak permohonan tanpa memberikan alasan.
  14. Peserta yang ditolak permohonannya akan mendapat pengembalian 100% keatas pembayarannya.

Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Licensing Pre-Franchise Workshop Online_02 October 2025
5
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN