LICENSING DEVELOPMENT PROGRAM
Licensing Development Program
Program Pembangunan Sistem Pelesenan Pra-Francais
Program ini merangkumi secara menyeluruh prinsip dan teknik Sistem Pelesenan (Licensing System) sebagaimana diamalkan di peringkat antarabangsa. Program ini relevan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan kefahaman tentang Sistem Pelesenan, termasuk pemilik perniagaan (business owner), pengurus perniagaan (business managers) berserta kakitangan mereka, dan pengurus pengembangan perniagaan (business development managers).
Program Pembangunan Pelesenan ini dibina berdasarkan modul yang merangkumi asas dan prinsip utama Pelesenan (licensing fundamentals and key principles), termasuk rangka kerja (framework), mekanisme (mechanics) dan peranan (roles) dalam sistem pelesenan. Program ini turut mengajar cara menggunakan model perniagaan pelesenan (licensing business model), cara mengoptimumkan nilai, produktiviti, serta meningkatkan nilai perniagaan anda.
Program Pembangunan Pelesenan turut direka khas untuk mereka yang memerlukan kefahaman mendalam terhadap metodologi sistem ini, sebagai platform kukuh sebelum melangkah ke peringkat francais yang lebih kompleks dan berskala. Ia memberikan peserta liputan yang menyeluruh dan tertumpu terhadap kemahiran utama yang diperlukan bagi pelaksanaan pengembangan perniagaan pelesenan yang berjaya.
MATLAMAT PROGRAM
Memberi anda kelebihan untuk membina rangkaian melalui pelantikan rakan niaga dengan mengikut amalan terbaik industri dan perundangan, seterusnya meminimakan risiko berlakunya isu dan konflik yang timbul daripada rakan niaga yang tidak beretika setelah pelantikan.
PULANGAN ATAS PELABURAN (ROI) DARI PELAKSANAAN PROGRAM
Pertama, memberi perlindungan kepada perniagaan daripada tuntutan liabiliti oleh rakan niaga.
Kedua, meningkatkan nilai perniagaan dengan adanya dokumen-dokumen yang lebih bersistem dan berstruktur.
Ketiga, mengadakan sistem yang boleh memaksimakan margin keuntungan bersih tanpa bergantung harap kepada jualan semata-mata.
Keempat, meningkatkan nilai keseluruhan perniagaan apabila tiba masa untuk anda bersara atau menjualkannya kepada pelabur.
Licensing Development Program ditawarkan dalam dua format mengikut belanjawan anda iaitu melalui intensive masterclass atau customised coaching. Sila lihat jadual.
Licensing Masterclass:
- Sesi Bersemuka 2-Hari / 10-Jam. Dokumen Standard
- RM5,900

Licensing Coaching:
- 1-1 Personal Coaching
- Sesi Bersemuka 4-hari / 20-jam. Penyediaan Dokumen Lengkap 60-hari
- Format paling lengkap dan berkesan untuk memasuki pasaran
- Sesuai jika anda tiada dedicated team untuk pembangunan dokumen
- Dokumen-dokumen disesuaikan (customised) mengikut jenis perniagaan anda
- Termasuk khidmat nasihat pemasaran dan pembentangan pakej kepada rakan niaga
- RM11,800 (RM5,900 Bulan Pertama, RM5,900 Bulan Kedua)

Program-program diatas bukan sekadar teori—ia adalah pelan tindakan yang boleh terus dilaksanakan untuk membina jenama yang berkembang secara strategik, meningkatkan nilai perniagaan, dan mencipta pendapatan yang boleh dimonetisasi pada skala besar. Jika anda mahu memanfaatkan licensing sebagai pemacu pertumbuhan, ini adalah peluang yang tidak boleh anda lepaskan.
Dari program-program ini, anda mendapat modul eksklusif yang mendedahkan strategi sebenar jenama global dalam licensing, contoh-contoh dokumen sebenar yang lengkap untuk anda sesuaikan dengan perniagaan anda dan sesi tutorial dengan pakar industri untuk memastikan anda menerapkan strategi yang tepat dan mengelakkan kesilapan mahal.
KANDUNGAN PROGRAM LICENSING MASTERCLASS DAN LICENSING COACHING
Kandungan program berdasarkan kepada amalan standard dalam industri.
1. Pembangunan Sistem Licensing
Struktur & Perundangan Licensing:
- Business Format Licensing
- Brand Licensing
- Module / IP Licensing
Pakej dan Pelaburan Licensing:
- Capital Expenses (CAPEX)
- Stock & Inventories
- Management Expenses
- Deposits & Insurance
- Operating Expenses (OPEX)
2. Penyediaan Dokumen Prospek
- Borang Pertanyaan
- Borang Permohonan
- Brosur Pakej & Pelaburan
- Prospektus Tawaran
- Penyata Pelaburan
3. Garis Panduan Dokumen Penawaran & Perjanjian
- Surat Tawaran Program
- Perjanjian Pelantikan Rakan Niaga
- Perjanjian Pelesenan Harta Intelek
4. Pembangunan Manual Operasi Outlet
- Polisi dan Prosedur Operasi
- Pembangunan SOP
- Draf Manual Operasi Outlet
5. Kertas Kajian Kes Sebenar Syarikat
Strategi bina bisnes MD Putu Bambu World (Licensing & Franchising), D'Apple Fried Chicken DAFC (Licensing) dan RICHIAMO Coffee (Licensing):-
- Dari sistem licensing ke sistem francais
- Dari stall tepi jalan ke kilang sendiri
- Dari 1 outlet ke 200+ outlet
NOTA:
Contoh-contoh dokumen licensing dan manual operasi diatas adalah untuk Business Format Licensing, diberikan dalam format bercetak dan digital
LANGKAH ANDA SETERUSNYA
Sila isi borang pra-pendaftaran di bawah. Tiada pembayaran diperlukan pada peringkat ini. Kami akan hubungi anda untuk temujanji bagi membincangkan kesesuaian program ini dengan perniagaan anda.