Franchise Masterclass Info & Register

APAKAH SISTEM FRANCAIS?
Sistem francais adalah model perniagaan strategik dan terstruktur yang membolehkan anda melantik rakan niaga (francaisi) untuk menjalankan perniagaan menggunakan jenama, konsep, dan kaedah operasi yang anda bangunkan.
Sebagai pemilik jenama / francaisor, anda memberi hak eksklusif kepada rakan niaga / francaisi untuk menggunakan sistem perniagaan anda dengan sokongan menyeluruh, sambil memastikan mereka mematuhi piawaian dan garis panduan yang ditetapkan.
MANFAAT UNTUK PERNIAGAAN ANDA
Di bawah Akta Francais (Pindaan) 2020, sistem francais membuka peluang kepada anda untuk menjana pendapatan melalui:
- Royalti bulanan daripada jualan outlet rakan niaga
- Yuran francais untuk penggunaan nama perniagaan anda
- Yuran latihan untuk melatih rakan niaga baharu
- Yuran promosi untuk pemasaran berpusat
- Yuran pengurusan untuk operasi francais
- Yuran profesional untuk perkhidmatan
- Jualan stok wajib kepada rantaian outlet
- Meningkatkan margin keuntungan bersih
- Pelantikan rakan niaga dalam & luar negara
- Penyewaan premis dan aset kepada rakan niaga
Melindungi Jenama dan Konsep Perniagaan
Jenama, konsep, kaedah perniagaan dan kawasan perniagaan anda dilindungi daripada penciplakan dan peniruan, memberikan kelebihan daya saing yang kukuh di pasaran untuk tempoh minima 2-tahun
Kemudahan Pembiayaan Khas Francais
Sebagai francaisor atau francaisi, anda boleh menikmati kemudahan pembiayaan khas yang ditawarkan oleh Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS), sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi (KUSKOP), yang ditawarkan khusus untuk menyokong pertumbuhan dan kejayaan perniagaan francais.
“This program did a great job providing practical exercises and worthwhile information for anyone that is interested in improving and growing their business opportunities via franchise or licensing system. This program also has given me the tools to better identify opportunities to influence and persuade partners we work with to help grow the overall business and reach our team goals.” - Ms. Caroline Fong Abdullah. Managing Director, Coffeezone Malaysia Sdn. Bhd.
APA YANG ANDA DAPAT DARI PROGRAM INI?
Program ini memberikan anda kemahiran, dan dokumen lengkap untuk membina sistem francais yang profesional, sistematik, dan mematuhi piawaian undang-undang. Berikut adalah manfaat utama yang anda akan peroleh:
KANDUNGAN PROGRAM
SISTEM FRANCAIS
BAHAGIAN-1
PERUNDANGAN FRANCAIS MALAYSIA
1. Asas dan Perundangan Sistem Francais Di Malaysia
- Akta Francais 1998 (Pindaan 2020)
- Kewajipan Pendaftaran Francais
- Sistem Pendaftaran Francais MYFEX-KUSKOP
- Sistem Sokongan Dalam Industri Francais Negara
2. Perbezaan Sistem Francais dan Licensing / Pelesenan Pra-Francais
- Keperluan-keperluan Untuk Pendaftaran Francais
- Saluran Pendapatan Dari Sistem Francais
- Persediaan Beroperasi Sebagai Francaisor (Sistem Francais)
- Persediaan Memohon Lesen Francais dari KUSKOP
3. Merancang Struktur Perniagaan Anda Menggunakan Sistem Francais
- Tanggungjawab Syarikat dan Rakan Niaga
- Penyediaan Outlet Prototaip
- Pemilihan Rakan Niaga
- Merancang Hak Kewilayahan
BAHAGIAN-02
STRUKTUR PAKEJ & PELABURAN FRANCAIS
1. Merancang Pakej dan Pelaburan Untuk Penawaran
- Perbelanjaan Modal (CAPEX)
- Perbelanjaan Deposit, Permit dan Insuran
- Perbelanjaan Pengurusan dan Yuran
- Perbelanjaan Operasi (OPEX)
2. Penyediaan Penyata Pro-forma Kewangan Francaisi
- Penyata Keuntungan dan Kerugian 5-Tahun
- Tempoh Pulangan Atas Pelaburan (ROI)
3. Penyediaan Dokumen Kontrak dan Perjanjian Francais
- Dokumen Tawaran Francais
- Perjanjian Eksklusif Unit Francais (BM)
- Exclusive Unit Franchise Agreement (ENG)
- Garis Panduan menyediakan dokumen-dokumen dan maklumat sokongan bagi pengemukaan permohonan lesen francais ke KUSKOP - Laporan SSM, Laporan Audit, Laporan Jabatan Insolvensi, Management Account.
BAHAGIAN-04
PENDAFTARAN FRANCAIS KE SISTEM MYFEX-KPDNHEP
- Modul Daftar Masuk
- Modul Profil
- Modul Kewangan
- Modul Perjanjian
- Modul Manual
- Modul Deklarasi
BAHAGIAN-05
PENYEDIAAN MANUAL OPERASI OUTLET
- Polisi Operasi
- Prosedur Operasi
- SOPs
BAHAGIAN-06
PENYEDIAAN MANUAL LATIHAN FRANCAISI
- Lesson Plan
- Templat Latihan
SISTEM LICENSING l PELESENAN PRA-FRANCAIS
BAHAGIAN-07
1. PEMBANGUNAN SISTEM LICENSING
- Perundangan Sistem Licensing
- Struktur Perniagaan Licensing
- Pakej Pelaburan Licensing
2. DOKUMEN PROSPEK, PENAWARAN & PERJANJIAN
- Borang Pertanyaan
- Borang Permohonan
- Brosur Ringkas
- Prospektus Peluang Perniagaan
- Surat Tawaran
- Perjanjian Pelantikan Rakan Niaga
- Perjanjian Pelesenan Harta Intelek

"Kami bermula hanya dengan bisnes kecil tepi jalan, berbekalkan meja lipat dan payung. Namun hari ini, kami telah berjaya membina rangkaian francais kiosk, foodtruck, dan pushcart. Program ini telah banyak membantu kami memperbaiki kedudukan kewangan serta memberikan panduan untuk berkembang dari perniagaan biasa-biasa kepada perniagaan francais yang berjaya." - Mohamad Hassan, Founder MD Putu Bambu World
FRANCHISE MASTERCLASS ONLINE VIA ZOOM
PELABURAN ANDA
Yuran Program:
RM1,500 untuk dua orang peserta dari syarikat yang sama.
*Pemerhati tidak dibenarkan.
...
Apa Yang Termasuk Dalam Yuran?
- Sesi tutorial Francais dan Licensing secara online via Zoom.
- 24 jam sesi tutorial disampaikan dalam tempoh 8 minggu.
- Dokumen dan manual francais licensing - minima 500 muka surat lengkap dalam format digital.
JADUAL PROGRAM
Tarikh program : 26 SEPTEMBER 2025 - 14 NOVEMBER 2025
Tarikh tutup daftar: 12 September 2025
...
- Sesi 24 jam dalam 8 minggu, setiap hari Jumaat
- Pukul 09.00 am - 12.00 pm (3 jam setiap sesi)
- Platform Online: Zoom
- Kelas dijadualkan bermula: 26 September 2025
- Daftar dahulu. Tiada pembayaran diperlukan.
- Jadual tertakluk kepada perubahan.
- Sekiranya kuota pendaftaran minima tidak dicapai sebelum tarikh tutup, jadual baru akan dikeluarkan.
...
- Kelas hanya bermula apabila minima 20 peserta dicapai.
- Selepas kuota minima pendaftaran dicapai, anda akan diberi jadual program.
- Anda juga akan diberi panduan pembayaran yuran.
- Selepas pembayaran yuran anda boleh serta-merta muat turun bahan rujukan, dokumen dan manual program.
- Sila beri alamat GMAIL
MATERIAL PROGRAM
- Dokumen dan Manual Sistem Francais
- Dokumen dan Manual Sistem Licensing
- Rakaman Video Program Latihan
- Whatsapp Support Group
MODUL BONUS!
Kajian kes sebenar klien kami - bisnes francais licensing yang telah berjaya seperti MD Putu Bambu World, D'Apple Fried Chicken DAFC, Richiamo Coffee dan QBistro Restaurant
Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Whatsapp 0194298400 (Ridzuan @Coach Francais)
PERUNDING
Ridzuan Mohamad @Coach Francais: Mentor Di Sebalik Kejayaan Jenama Bumiputera
Lebih dua dekad Ridzuan Mohamad menempatkan dirinya sebagai rujukan utama dalam pembangunan francais di Malaysia. Dikenali sebagai Coach Francais, beliau bukan sekadar pemerhati, tetapi arkitek di sebalik transformasi puluhan jenama tempatan menjadi rangkaian perniagaan yang bernilai.
Beliau telah membimbing usahawan kecil membina sistem, melaksanakan strategi, dan memperoleh pensijilan francais yang membuka laluan kepada pengembangan nasional.
Apa yang membezakan beliau?
Ridzuan tidak datang dengan teori semata-mata. Beliau melalui setiap lapisan realiti bisnes, dan pengalaman itu menjadi modal pengetahuan yang kini digunakan untuk memacu kejayaan orang lain:
- Pegawai Akaun di Institusi Kewangan: Memberi asas yang kukuh dalam pengurusan kewangan dan aliran tunai.
- Pengurus Pemasaran di Syarikat IT: Memperkukuh kemahiran membina jenama dan mencipta strategi pasaran yang berkesan.
- Pengurus Francais di Syarikat Francais Tempatan: Mendalami seni mengurus rangkaian dan menstruktur sistem francais yang mampu berkembang.
Gabungan perjalanan kerjaya ini menjadikan beliau seorang mentor yang berbeza — seseorang yang memahami cabaran sebenar usahawan, dan mampu memberi penyelesaian yang boleh dilaksanakan, bukan sekadar teori atas kertas.
Hari ini, nama Coach Francais sinonim dengan wawasan, ketelitian strategi, dan keberanian mencabar norma. Beliau berdiri sebagai suara autoriti yang bukan sahaja membimbing, tetapi juga membentuk hala tuju industri francais Bumiputera ke tahap yang lebih kompetitif.