Franchise Development & Certification (FDC)

Franchise Development & Certification (FDC)


Barangkali anda telah lama berkecimpung dalam dunia perniagaan. Barangkali sudah ada pihak lain yang datang meminta untuk membeli hak menggunakan jenama anda, atau berniaga di bawah nama yang telah anda bina dengan susah payah. Malah, boleh jadi tersimpan dalam fikiran anda satu visi yang lebih besar iaitu untuk membina satu rangkaian perniagaan yang kukuh dan berdaya saing.

Jika inilah cita-cita yang anda perjuangkan, program ini dirangka khusus untuk membimbing anda membina rangkaian bisnes tersebut mengikut amalan industri yang telah terbukti dan tuntutan perundangan (legal) yang sah. Hasilnya, perniagaan anda bukan sahaja bersedia untuk dijual pada harga yang wajar, malah turut layak mendapat pengiktirafan franchise daripada kementerian.



PILIHAN. ANDA TIDAK PERLU MULA DENGAN SISTEM FRANCAIS

90% pemilik bisnes di Malaysia yang kini memegang lesen francais bermula dengan satu sistem yang sama, iaitu licensing pra-francais.

Sistem ini membenarkan anda melantik rakan niaga secepat mungkin, menguji pasaran anda dahulu, mengunci pelaburan daripada pelabur yang sudah bersedia masuk, dan mengemaskini sistem operasi perniagaan anda sebelum memohon persijilan rasmi daripada kementerian.

Program ini mengajar anda dua sistem dalam satu pelaksanaan: licensing pra-francais untuk permulaan pantas, dan francais penuh untuk pengembangan berterusan. Anda pilih laluan mengikut kesediaan, bajet dan masa anda sendiri.



APAKAH SISTEM FRANCAIS? 

Sistem francais adalah model perniagaan yang strategik dan terstruktur, membolehkan anda melantik rakan niaga (francaisi) untuk menjalankan perniagaan menggunakan jenama, konsep, dan kaedah operasi yang telah anda bangunkan sendiri.

Sebagai pemilik jenama atau francaisor, anda memberikan hak eksklusif kepada rakan niaga atau francaisi untuk menggunakan sistem perniagaan anda, lengkap dengan sokongan menyeluruh sepanjang tempoh perjanjian. Namun begitu, hak ini bukan tanpa syarat. Setiap francaisi tetap perlu mematuhi piawaian dan garis panduan yang telah anda tetapkan, bagi memastikan konsistensi dan reputasi jenama terus terpelihara di seluruh rangkaian.


Manfaat untuk Perniagaan Anda​

Sistem francais membuka peluang kepada anda untuk menjana pendapatan melalui:

  1. ​​Royalti bulanan daripada jualan outlet rakan niaga
  2. Yuran francais untuk penggunaan nama perniagaan anda
  3. Yuran latihan untuk melatih rakan niaga baharu
  4. Yuran promosi untuk pemasaran berpusat
  5. Yuran pengurusan untuk operasi francais
  6. Yuran profesional untuk perkhidmatan
  7. Jualan stok wajib kepada rantaian outlet
  8. Meningkatkan margin keuntungan bersih 
  9. Pelantikan rakan niaga dalam & luar negara
  10. Penyewaan premis dan aset kepada rakan niaga​


Melindungi Jenama dan Konsep Perniagaan

Jenama, konsep, kaedah perniagaan dan kawasan operasi anda boleh dilindungi sepenuhnya daripada sebarang bentuk penciplakan dan peniruan oleh pihak lain. Ini bukan sahaja menjamin hak milik anda ke atas apa yang telah anda bina, malah turut memberikan kelebihan daya saing yang kukuh di pasaran, dengan tempoh perlindungan sehingga 20 tahun.


Kemudahan Pembiayaan Khas Francais

Sebagai francaisor (atau licensor), anda berpeluang menikmati kemudahan pembiayaan khas yang disediakan oleh Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS), sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP). Kemudahan ini bukan sekadar bantuan kewangan biasa, tetapi dirangka khusus untuk menyokong pertumbuhan dan memastikan kejayaan jangka panjang perniagaan francais anda.



APA YANG ANDA DAPAT DARI PROGRAM INI?


Program ini bukan sekadar memberi anda ilmu di atas kertas, tetapi turut membekalkan kemahiran praktikal serta dokumen lengkap yang diperlukan untuk membina sistem francais yang profesional, sistematik, dan mematuhi piawaian undang-undang yang berkuat kuasa. Berikut adalah antara manfaat utama yang bakal anda peroleh:


​KANDUNGAN PROGRAM


SISTEM FRANCAIS


BAHAGIAN-1

PERUNDANGAN FRANCAIS MALAYSIA

1. Asas dan Perundangan Sistem Francais Di Malaysia

  • Akta Francais 1998 (Pindaan 2020)
  • Kewajipan Pendaftaran Francais
  • Sistem Pendaftaran Francais MYFEX-KUSKOP
  • Sistem Sokongan Dalam Industri Francais Negara

2. Perbezaan Sistem Francais dan Licensing / Pelesenan Pra-Francais

  • Keperluan-keperluan Untuk Pendaftaran Francais
  • Saluran Pendapatan Dari Sistem Francais
  • Persediaan Beroperasi Sebagai Francaisor (Sistem Francais)
  • Persediaan Memohon Lesen Francais dari KUSKOP​

3. Merancang Struktur Perniagaan Anda Menggunakan Sistem Francais

  • Tanggungjawab Syarikat dan Rakan Niaga
  • Penyediaan Outlet Prototaip
  • Pemilihan Rakan Niaga
  • Merancang Hak Kewilayahan​


BAHAGIAN-02

STRUKTUR PAKEJ & PELABURAN FRANCAIS 

1. Merancang Pakej dan Pelaburan Untuk Penawaran

  • Perbelanjaan Modal (CAPEX)
  • Perbelanjaan Deposit, Permit dan Insuran
  • Perbelanjaan Pengurusan dan Yuran
  • Perbelanjaan Operasi (OPEX) 

2. Penyediaan Penyata Pro-forma Kewangan Francaisi

  • Penyata Keuntungan dan Kerugian 5-Tahun
  • Tempoh Pulangan Atas Pelaburan (ROI)

3. Penyediaan Dokumen Kontrak dan Perjanjian Francais

  • Dokumen Tawaran​ Francais
  • Perjanjian Eksklusif Unit Francais (BM)
  • Exclusive Unit Franchise Agreement (ENG)
  • Garis Panduan menyediakan dokumen-dokumen dan maklumat sokongan bagi pengemukaan permohonan lesen francais ke KUSKOP - Laporan SSM, Laporan Audit, Laporan Jabatan Insolvensi, Management Account.


BAHAGIAN-04

PENDAFTARAN FRANCAIS KE SISTEM MYFEX-KPDN

  • Modul Daftar Masuk
  • Modul Profil
  • Modul Kewangan
  • Modul Perjanjian
  • Modul Manual
  • Modul Deklarasi


BAHAGIAN-05

PENYEDIAAN MANUAL OPERASI OUTLET

  • Polisi Operasi
  • Prosedur Operasi
  • SOPs


BAHAGIAN-06

PENYEDIAAN MANUAL LATIHAN FRANCAISI

  • Lesson Plan
  • Templat Latihan


SISTEM LICENSING  l  PELESENAN PRA-FRANCAIS


BAHAGIAN-07

1. PEMBANGUNAN SISTEM LICENSING

  • Perundangan Sistem Licensing
  • Struktur Perniagaan Licensing
  • Pakej Pelaburan Licensing

2. DOKUMEN PROSPEK, PENAWARAN & PERJANJIAN

  • Borang Pertanyaan
  • Borang Permohonan
  • Brosur Ringkas
  • Prospektus Peluang Perniagaan
  • Surat Tawaran
  • Perjanjian Pelantikan Rakan Niaga
  • Perjanjian Pelesenan Harta Intelek






"Kami bermula hanya dengan bisnes kecil tepi jalan, berbekalkan meja lipat dan payung. Namun hari ini, kami telah berjaya membina rangkaian francais kiosk, foodtruck, dan pushcart. Program ini telah banyak membantu kami memperbaiki kedudukan kewangan serta memberikan panduan untuk berkembang dari perniagaan biasa-biasa kepada perniagaan francais yang berjaya." - Mohamad Hassan, Founder MD Putu Bambu World



PELABURAN ANDA


Yuran Program:

Promosi: RM1,999 untuk dua orang peserta dari syarikat yang sama.

(Biasa: RM2,999)

*Pemerhati tidak dibenarkan.

*Pembayaran yuran dalam dua ansuran


Nota pembayaran yuran:

8 sesi dalam tempoh 8 minggu

Sebelum bermula Sesi 1-4  (Minggu 1-4) = RM999.50

Sebelum bermula Sesi  5-8 (MInggu 5-8) = RM999.50

...

Apa Yang Termasuk Dalam Yuran?

  • Sesi tutorial Francais dan Licensing dijalankan secara dalam talian melalui platform Zoom, membolehkan peserta mengikuti dari mana-mana lokasi tanpa perlu hadir secara fizikal.
  • Program ini merangkumi 8 sesi tutorial dengan jumlah keseluruhan 24 jam, disampaikan secara berperingkat dalam tempoh 8 minggu bagi memastikan setiap topik dapat difahami dengan mendalam sebelum beralih ke seksyen seterusnya.
  • Setiap peserta akan menerima dokumen dan manual francais licensing yang lengkap, tidak kurang daripada 500 muka surat, dalam format digital yang boleh dirujuk pada bila-bila masa selepas program tamat.


JADUAL PROGRAM


Tarikh program bermula : 25 JULAI 2026

Tarikh tutup daftar: 18 JULAI 2026

...

  • Sesi 24 jam dalam 8 minggu, setiap hari Jumaat
  • Pukul 09.00 am - 12.00 pm (3 jam setiap sesi)
  • Platform Online: Zoom
  • Daftar dahulu. Tiada pembayaran diperlukan.
  • Jadual tertakluk kepada perubahan.
  • Sekiranya kuota pendaftaran minima tidak dicapai sebelum tarikh tutup, jadual baru akan dikeluarkan.

...

  • Kelas hanya bermula apabila  kuota minima pendaftaran 10 peserta dicapai.
  • Selepas kuota minima pendaftaran dicapai, anda akan diberi jadual program.
  • Anda juga akan diberi panduan pembayaran yuran.
  • Selepas pembayaran yuran anda boleh serta-merta muat turun bahan rujukan, dokumen dan manual program.
  • Sila beri alamat GMAIL untuk pendaftran,
  • Sila muat turun dokumen-dokumen francais-licensing melalui email anda ini.




MATERIAL PROGRAM

  1. Dokumen dan Manual Sistem Francais
  2. Dokumen dan Manual Sistem Licensing
  3. Rakaman Video Program Latihan
  4. Whatsapp Support Group


MODUL BONUS!

Sebagai nilai tambah, peserta akan didedahkan kepada kajian kes sebenar daripada klien kami sendiri, bisnes francais dan licensing yang telah berjaya menempuh perjalanan ini dan kini beroperasi dengan sistem yang mantap. Antaranya termasuklah MD Putu Bambu World, D'Apple Fried Chicken (DAFC), Richiamo Coffee dan QBistro Restaurant.

Ini bukan sekadar teori di atas kertas. Setiap kajian kes ini menunjukkan bagaimana prinsip yang diajar dalam program dapat diterjemahkan kepada tindakan sebenar, lengkap dengan cabaran yang dihadapi dan strategi yang digunakan untuk mengatasinya.


Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Whatsapp 0194298400 (Ridzuan @Coach Francais)



PERUNDING



Ridzuan Mohamad @Coach Francais: Mentor Di Sebalik Kejayaan Jenama Bumiputera

Lebih dua dekad Ridzuan Mohamad menempatkan dirinya sebagai rujukan utama dalam pembangunan francais di Malaysia. Dikenali sebagai Coach Francais, beliau bukan sekadar pemerhati, tetapi arkitek di sebalik transformasi puluhan jenama tempatan menjadi rangkaian perniagaan yang bernilai.

Beliau telah membimbing usahawan kecil membina sistem, melaksanakan strategi, dan memperoleh pensijilan francais yang membuka laluan kepada pengembangan nasional.

Apa yang membezakan beliau?

Ridzuan tidak datang dengan teori semata-mata. Beliau melalui setiap lapisan realiti bisnes, dan pengalaman itu menjadi modal pengetahuan yang kini digunakan untuk memacu kejayaan orang lain:

  • Pegawai Akaun di Institusi Kewangan: Memberi asas yang kukuh dalam pengurusan kewangan dan aliran tunai.
  • Pengurus Pemasaran di Syarikat IT: Memperkukuh kemahiran membina jenama dan mencipta strategi pasaran yang berkesan.
  • Pengurus Francais di Syarikat Francais Tempatan: Mendalami seni mengurus rangkaian dan menstruktur sistem francais yang mampu berkembang.

Gabungan perjalanan kerjaya ini menjadikan beliau seorang mentor yang berbeza — seseorang yang memahami cabaran sebenar usahawan, dan mampu memberi penyelesaian yang boleh dilaksanakan, bukan sekadar teori atas kertas.

Hari ini, nama Coach Francais sinonim dengan wawasan, ketelitian strategi, dan keberanian mencabar norma. Beliau berdiri sebagai suara autoriti yang bukan sahaja membimbing, tetapi juga membentuk hala tuju industri francais Bumiputera ke tahap yang lebih kompetitif.




PERHATIAN.

SILA BUAT PRA-PENDAFTARAN TERLEBIH DAHULU.

ISI BORANG PRA-DAFTAR DIBAWAH. TIADA PEMBAYARAN DIPERLUKAN.

KAMI AKAN MENGHUBUNGI ANDA UNTUK PENGESAHAN PENYERTAAN SELEPAS KUOTA MINIMA PESERTA DICAPAI.


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti
Franchise Development & Certification (FDC). 8-Sessions Online. 500-Pages Document & Manuals. Support Group. (RM1,999)
JUMLAH

BUTIRAN PELANGGAN